Friday 25th of April 2025
×

Link Nonton Drama Malaysia Sekam di Dada Episode 13-15 Subtitle Indonesia, Hal Mendebarkan yang Buat Orkid Menangis

Link Nonton Drama Malaysia Sekam di Dada Episode 13-15 Subtitle Indonesia, Hal Mendebarkan yang Buat Orkid Menangis

--

Noreen (Qistina Khaled) dan Sara percaya bahawa seorang ibu tidak akan bertindak tanpa sebab. Tapi apakah rahsia yang Orkid simpan selama ini? Mengapa dia memilih untuk meninggalkan Nasir ketika suaminya berada dalam keadaan paling lemah?

Baca juga: Nonton Drama Malaysia Teratak Kasih Salina (Rindu Kasih 3) Episode 15 Sub Indonesia, Alasan Qassim Selalu Ikut Campur


Baca juga: Link Nonton Drama Malaysia Bukan Sekadar Lafaz 2 Episode 5, 6, 7 Sub Indonesia, Lufya Masih dalam Keadaan Koma

Baca juga: Link Nonton Drama Malaysia Dia Imamku (2025) Episode 15-16 Sub Indonesia, Kemesraan Dahlia dan Budin Buat Cemburu

Keadaan menjadi semakin tegang apabila impian Orkid untuk menyambung pelajaran diketahui oleh Nazman. Bagi Nazman, itu sesuatu yang tidak boleh diterima. Baginya, seorang isteri hanya perlu mengorbankan segalanya demi suami dan anak-anak. Lantas, dia memperlekehkan cita-cita ibunya, menyebabkan Orkid makin tertekan sehingga akhirnya menghilangkan diri.

Dalam ketiadaan Orkid, beban menjaga Nasir kini dipikul oleh Nazman, Noreen, dan Sara. Namun, barulah mereka sedar bahawa Nasir bukan lelaki yang mudah untuk diuruskan. Keadaan Nasir yang semakin sukar dikawal, sering mengamuk dan bersikap cerewet, membuatkan mereka mula memahami mengapa Orkid mahu pergi.

Namun, Nasir tetap berkeras mahu isterinya pulang, malah memaksa Orkid kembali ke rumah. Tetapi kepulangannya bukanlah dengan hati yang rela, sebaliknya dengan satu permintaan cerai secara baik. Namun, Nasir enggan melepaskannya, lantas mencetuskan lebih banyak konflik dalam rumah tangga mereka.

Keadaan bertambah rumit apabila Arif (Josiah Hogan), lelaki dari masa silam Orkid, kembali ke dalam hidupnya. Namun, kehadiran Arif tidak datang tanpa masalah. Bersama isterinya, Rozi (Puteri Sarah Liyana), mereka membawa rahsia dan agenda tersembunyi yang boleh menggoncangkan lagi kehidupan Orkid dan Nasir. Apakah rahsia besar yang akan terbongkar?

Update Terbaru

RELATED POST